Maka berakhirlah...

Assalamualaikum.

Selama Satu tahun setengah menjadi pelajar Tingkatan Enam di Sekolah Menengah Kebangsaan Sultan Yahya Petra. Maka tamatlah sudah riwayat aku sebagai pelajar Tingkatan Enam. Begitu pantas masa berlalu. Dua haribulan duabelas, berakhirlah peperiksaan yang telah dinantikan selama ni. Alhamdulillah.

Gelak tawa, suka duka, marah, sedih, gembira akan ku ingati semuanye. Bersama kawan-kawan dalam kelas, bertungkus-lumus menyiapkan kerja sekolah, kerja kursus. Semua cacian, kejian akan ku ingati selalu. Cikgu-cikgu yang sporting, yang bersusah payah mengajar kami. Terima Kasih cikgu.

And now it's time to say goodbye.
Selamat tinggal alam persekolahan.
Selamat tinggal baju purple.
Selamat tinggal cikgu-cikgu.
Selamat tinggal kawan-kawan.
Selamat tinggal Enam Atas Delima.

Hanya kenangan yang akan ku ingati selalu. Manusia pasti berubah tetapi kenangan tidak akan pernah berubah. Setiap pertemuan pasti ada perpisahan. Till we meet again, friends :) Semoga kita semua akan mendapat keputusan yang cemerlang dan dapat melanjutkan pelajaran ke UNIVERSITI Amiin.









Note : Hujan tak berhenti lagi. Banjir oh banjir.

No comments: