Aku redha.


Assalamualaikum

Entah.
Tak tahu nak ungkapkan macam mana perasaan ni,
Alhamdulillah.
Aku rasa lebih tenang tak seperti sebelum ni.
Aku rasa sangat tenang.
Aku tak rasa sangat kecewa.
Aku tak menangis.

Walaupun mulut ni cakap "Takpelah. Belum masa lagi."
Tapi hati kekadang mengeluh juga.
"Kenapa aku tak dapat? Kenape?"
Sekali lagi buat Abah kecewa. Aku hampa.
Walaupun cuba bertenang depan Abah.
Tapi hanya Allah yang tahu.
Aku tak dapat nak fikir apa-apa.
Rasa nak nangis, tapi entah
Rasa nak ketawa, tapi entah.
Takde mood. Tapi nak ada seseorang untuk dengar luahan hati aku.

Ya Allah, aku redha. Ya Allah.
Belum masa dia lagi. Aku redha.
Cepat atau lambat. Itulah perbezaannya.
Mungkin bukan sekarang sebab Allah nak bagi yang lebih,
Aku redha dengan keputusan-MU, Ya Allah.
Aku tahu perancangan-MU lebih baik.
Aku yakin ada hikmah disebalik semua ni.
Aku redha.
Aku terima dengan hati terbuka.
Aku terima segalanya.
Aku tahu KAU ingin kami merintih lagi.
Aku tahu KAU sayangkan kami.
Kerana itulah kau cuba uji kami lagi.
Sebab KAU tahu yang kami dapat hadapi semua ini.
Sebab KAU tahu yang kami kuat.

Thank you Allah atas semua ujian ini
Kau buat aku semakin kuat.
Kau buat aku semakin tabah.
Kau buat aku makin rapat dengan-MU
Kau buat aku selalu ingat padaMU.
Thank you, ya Allah.

Mungkin ada banyak lagi kekurangannya.
Banyak lagi silap yang kami lakukan.
Mungkin kami banyak lalai.
Jadi, KAU nak kami sedar.
Nak kami kembali padaMU.
Ya Allah, aku serahkan segalanya kepadaMU.
Kalau itu yang terbaik untuk kami.
Engkau lebih tahu mana yang terbaik untuk kami.
Kami yakin dengan perancanganMU Ya Allah.
Kuatkan hati kami, Ya Allah.
Tabahkan hati kami, Ya Allah,
Semoga kami dapat hadapi segala dugaanMU.

Alhamdulillah atas semua rezeki yang kau bagi.
Alhamdulillah sebab bagi kami peluang untuk terus bernafas di atas muka bumiMU,ya Allah.
Alhamdulillah untuk semuanya.

Note : Aku tak tahu apa yang aku rasa.