Lumrah.






Assalamualaikum. Kehidupan realiti tak seindah fantasi. Tak seindah seperti apa yang kita mimpikan. Ya. Mimpi itu hanya mainan tidur. Kenapa mimpi terlalu indah? Kenapa? Alangkah indahnya jika realiti seindah fantasi tapi itu hanya angan-angan yang tak akan pernah di capai. Tapi 'Nothing is impossible'. Aku tak pasti dengan apa yang aku taip. Aku tak pasti dengan apa yang aku rasa sekarang. Marah? Sedih? Kecewa? Bahagia? Aku tak pasti. /mengeluh

Manusia mudah untuk menghukum seseorang. Mudah untuk menilai seseorang. Mudah untuk mengutuk seseorang. Mudah melihat kelemahan seseorang. Tapi kenapa kita tidak pernah untuk melihat kelemahan diri sendiri? Kenapa kita tidak pernah menghukum diri sendiri? Kenapa kita selalu rasa diri kita terlalu sempurna? Kenapa? Sebab kita selalu melihat keburukan dalam diri orang lain sampaikan kita dah rasa diri kita terlalu sempurna. Sangat sempurna. Amat sempurna. Sampaikan kesalahan diri sendiri pun kita tak sedar. Kita sendiri tak mampu nak perbaiki kelemahan diri sendiri. Tapi mampu untuk mengkritik, menghukum orang lain. Siapakah kita untuk menghukum orang lain? Besarkah kuasa kita untuk menghukum orang lain? Hebatkah kita untuk memandang rendah terhadap orang lain? Sedarlah, kita hanya manusia biasa. Manusia yang tak lepas dari dosa. Manusia yang selalu buat salah. Dan aku juga perlu sedar dan berubah. Jangan jadi manusia yang tahu menghukum orang lain. Tahu melihat kesilapan orang lain sahaja.

Jika kita tak pernah lalui apa yang mereka lalui. Jangan pernah menghukum mereka. Jangan pernah menilai mereka dari apa yang kita lihat. Jangan rasa apa yang anda fikirkan, itu betul. Itu benar. Anda silap. Anda tak rasa yang mereka alami. Tak sama dengan apa yang anda fikirkan. Tolong. Andaian anda tidak sama sekali benar. Jangan pernah pertikaikan apa yang aku buat, kalau kau tak pernah di tempat aku. Sebelum tu, tanya kenapa aku berbuat demikian? Kenapa aku berubah jadi macam tu? Jangan terus buat andaian dengan apa yang kau dengar tentang aku sbelum kau dengar cerita aku.


Jangan fikir apa kita yang dah lakukan itu semua dah mencukupi. Jangan asyik tahu menunding jari saja. Jangan tahu memerli itu baik. Nasihat itu lebih baik. Mungkin tak semua manusia dapat menerima nasihat tapi cubalah untuk memberi nasihat. Tegur dengan cara yang elok. Kadang-kadang dengan segala nasihat mampu merubah fikiran seseorang. /tarik nafas hembus. Susahnya nak bertenang bila jiwa tidak tenteram. Susahnya nak luahkan apa yang di rasa. Kutuk dan sindir aku. Mungkin aku nampak macam takpelah, tak kesah pun. /fake smile. Dalam hati aku, kau tak tahu. And kau takkn pernah tahu.

Otak bercelaru. Jiwa kacau. Rasa nak menangis. Tahan mata. Jangan mengalirkan air mata. Kuatkan diri selagi mampu. Tenang dan tenang. Nampak macam happy-go-lucky. Dalam hati tiada siapa yang tanya. Tersenyum dan terus tersenyum. Mampu menghilangkan segala masalah. Jangan ditunjuk kesedihan yang dialami. Jangan biarkan orang nampak. Biar kita saja yang tanggung. Biar kita yang tahu.

Keserabutan dalam diri. Terasa sangat rendah diri. Cuba untuk berlagak seperti biasa. Berjaya. Tapi dalam hati masih gagal. Mereka hanya mampu tersenyum. Kita juga mampu. Cubalah bersabar wahai hati. Kuatkan semangat. Pura-pura tiada apa yang berlaku. Lupakan segalanya. Butakan mata, pekakkan telinga. Itu saja yang mampu. Sabarlah wahai hati. Sabarlah! Kadang-kadang bersendirian itu lebih elok. Tiada yang menganggu. Tiada siapa yang terluka.

Stay strong. Nobody cares about you. 

No comments: