Apa yang patut& tak patut ada dalam blog :]


[ Assalamualaikum ] Baru hari ini rajin nak update blog. Nak bagitahu sikit tips2 kat budak baru nak berblogger lah. Aku pun tak hebat sangat tapi nak berkongsi ilmu yang aku tahu, tak salahkan ? Masa aku baru2 berblogger pun aku macam korang juga. Bila dah lama baru sedar benda patut & tak patut ada dalam blog. Tanpa berceloteh panjang lagi jom baca tips2 ini. Check it out. Hahaaa.

1.Cara penulisan.
Cara penulisan? Maksud aku taip betul2 dengan bahasa yang betul. Jangan sesekali taip [saia buwdax bawu belajaw] or [kYtA sUkEw tAip mAcAm nIwH] Walaupun usia aku baru 17tahun, susah bagi aku nak baca semua. Mengambil masa yang agak lama nak habiskan baca semua itu. Kalau lah umur yang lebih tua daripada aku, nak baca camner? Konpem diorang terus tak baca & blah dari blog korang. Aku kekadang pun buat macam tuh. Dulu-dulu masa mula berblogger pun taip macam itu. Aku harap korang stop lah taip macam tuh. Buat susah orang juga & dats why lah blog korang kurang follower.

2. Perkataan bergerak dekat cursor
Benda ini akan annoying sikit bagi aku . Sebab perkataan tuh asyik ikut je, kalau perkataan tuh pendek okay laa tapi kalau panjang? MasyaALLAH. Aku sangat-sangat tak suka. Aku cadangankan korang gunakan cursor yang simple sudah lah. Lagi lawa & tak serabut. Maybe disebabkan benda tuh blog korang menjadi lambat.


3. Widget
Widget? Kenal tak ? Alaa, yang macam [selamat datang, sila follow blog saya yang ada gmbar lembu & apa2 lagi] Benda tuh akan menyebabkan blog anda nampak serabut. Dulu aku pernah guna juga tapi lama2 benci pula sebab terlalu serabut. Kurangkan sedikit widget anda or cantumkan biar menjadi satu kolum or box. Akan menampakkan blog anda kemas & sempurna.

4. Warna tulisan
Kalau boleh jangan gunakan warna yang terlalu terang jika dekat post body korang berwarna. Aku cadangkan gunakan warna  yang lembut2 & serta merta akan menarik minat orang untuk membaca. Kalau post body korang berwarna, warna tulisan haruslah lembut atau warna hitam. Itu tidakkan menyakitkan mata. Kalau baca dalam keadaan takde lampu, tak ke terkepil2 mata nih. Muahaha

Harap korang boleh ubah semua tuh, kalau tak tahu boleh tanya. Jangan malu bertanya, nanti sesat jalan. Peace^^

Note : Nanti nak update pasal #JinyoungFacts. Tunggu taw. 

2 comments:

aifaroslan said...

tips yg berguna.
hehehe ,

Anonymous said...

I will probably recommend this article to my friends, cause I like it much and I think they'll like it too. kamagra 100mg