Persahabatan.


Assalamualaikum.

Bila ada kawan,
hidup rasa bahagia,
tak rasa keseorangan.

Bila takde kawan,
hidup rasa kosong,
orang cakap kita mcam kera sumbang,
sebab tak pandai bergaul.

Bila ada kawan,
kena jaga hati kawan,
kalau tak nanti kawan terluka,
kena pujuk bagai. Haha

Bila dah lama berkawan,
terasa hati dengan kawan-kawan dah hilang,
masing-masing jaga hati masing-masing,
jangan sampai ada yang terluka.
Walaupun dah besar, namun kita ade hati.

Tapi.
Kalau dulu tak endah kalau kawan sakitkan hati,
tapi.
sekarang perkara kecil pun dibesarkan.
perkara besar makin dibesarkan.

Kalau ade masalah,
datang bincang sama-sama.
Tapi semua keras kepala.
Ikut hati masing-masing.
Semua ade ego tersendiri.

Berkawan dah 3-4 tahun,
tapi masih tak kenal kawan macam mana.
Bila dah ade boyfriend,
bergaduh dengan kawan pun takpe,
sebab dah boyfriend untuk teman,
Dulu kawan yang paling penting lepas keluarga,
sekarang boyfriend lebih penting dari kawan.

Kau kenal boyfriend kau dulu ke?
kau kenal kawan kau dulu?
Ye. Mungkin kawan tak mampu nak lakukan sebaik boyfriend anda.
Tapi kawanlah yang membantu korang.
Walaupun tak banyak, sekurang-kurangnya ada.

Sekarang.
semuanya dah hancur.
Tak kenal mana kawan yang dulu.
Yang dulu selalu tak endah dengan apa yang kawan cakap
walaupun sakit hati.
Namun sekarang perkara yang kecil pun dah jadi benda yang teruk.
Dulu kawan, sekarang dah menjadi orang asing.
Orang asing yang tak pernah bertegur sapa.

Mana kawan yang dulu selalu ade bersama
Mana kawan yang dulu tak hiraukan walaupun hati terluka
mana? mana?
Hilangnya begitu sahaja.
Sukar untuk dicari kembali.
Betul kata orang,
Manusia boleh berubah tapi memori tak akan pernah hilang.

Bukan nak salahkan siapa-siapa
Masing-masing silap
Tapi
kita mampu untuk ubah semua tu
kalau masing-masing turunkan ego
Jumpa dan datang berbincang.
Masalah akan selesai.

Kawan yang dulu lebih baik.
Bukan sekarang yang sudah berubah.
Sekurang-kurangnya kawan perlu ingat,
yang kita pernah menjadi sahabat.
Walaupun untuk seketika.


No comments: