Classmates.

Assalamualaikum Walaupun zaman persekolahan sudah tamat. Semuanye sudah tinggal kenangan. Kenangan yang pasti akan ku ingati selalu. Sampai bila-bila. Tetapi aku masih belum habis untuk bercerita pasal kawan sekelas. Inilah masa yang sesuai untuk bercerita pasal kawan sekelas. Punyai masa yang cukup. Punyai masa untuk berfikir. Punyai segala-segalanya. Segalanya tenang selepas habis exam tetapi kerinduan terhadap kawan sekelas menyelebungi diri yang kudus ini. Rindu suasana dalam kelas. Rindu dengan telatah kawan-kawan. Rindu dengan cikgu-cikgu. Rindu dengan sekolah. Rinduuuu dengan segalanya.

As I told in my prev post, I'll story about kawan perempuan in my class. So, lets go. Jap! Budak perempuan dalam kelas aku ramai. Tak terlalu ramai. Sebab budak lelaki 5 orang selebihnya semua perempuan. Haha. The girls own the class. Haha. Semuanya ada perangai masing-masing. Pendiam, pemalu, pemarah, peramah and so on. Boleh dikatakan aku okay dengan semua budak perempuan dalam kelas aku. FYI, aku ni seorang yang baik. Hahaha. Sila menyampah! :p

Maka bermulalah sebuah cerita yang di nanti-nantikan.......

 This girl named NorApiza. Kitorang panggil dia Piza or Mora. She is so nice. Friendly. Sebelum ni tak rapat sangat dengan dia. Tapi bila masuk penggal 2, dah mula rapat dengan Piza. Ofc, dia LAWA gilaa. Boleh diajak bergurau. Bukan seseorang yang sensitif pun. Kalau sensitif, memang aku terajang habis. Hahhaa /konon hebat. Piza ni memang minat habis tudung periuk dekat dikir barat. Yela. Setiap orang punya minat yang berbeza right?

 Ha! Yang ni pula nama dia Yati. Ya Allah, dia ni baik gila. Cakap pun lemah-lembut. Kalau aku cakap dengan dia memang terus bertukar suara aku jadi lembut. Haha. Kalau minta tolong ape-ape, mesti dia akan tolong tak pernah tak tolak. Aku pernah tanya dia kenapa baik sangat? kalau ade orang marah, lawan balik lah. And she said tak sampai hati nak buat macam tuu. Biarkan jelah. Ya Allah, tengok betapa baiknya dia. Well, kekadang aku kesian juga dekat dia. Tapi apakan daya aku nak tolong tak mampu. Yati. stay strong! Semoga semua kebaikan Yati Allah balas :)

 Dayah! Hm Dayah ni seorang yang baik and lawak. Nampak macam pendiam tapi sekali buat lawak memang gugur bulu ketiak korang. Haha. Budak laki selalu kacau dia sebab dia selalu sangat terkejut and buat reaksi yang agak melucukan. Haha. Habis satu kelas ketawakan dia. Tapi dia seorang yang cool. Watlek watpeace je. Orang kacau dia ke ape ke, tetap senyuuuuuuuuum. And and dia pandai. Boleh dikatakan best student juga. Selalu beri nasihat yang berguna dekat aku. Thanks Dayah! Thanks for the nasihat semua semua tu :)

 Yang sekecil molep ni nama dia Wardah. Comel, baik and pendek. Haha. Aku rapat juga dengan dia sebab kitorang tinggal sekampung. Sebelum dia stay dekat rumah sewa, selalu ulang alik dengan aku. Dulu pun, selalu tunggu bas sama-sama. Dia ni kalau kite cakap ape-ape yang buat dia terase, mesti dia cakap tak terase pun. I'm okay. I'm fine. Aku tahu sebenarnya dia tak okay. Dia terasa tapi pura-pura okay. Memang best kalau bergaduh dengan dia. Sebab dia seorang yang opeeen. Lawan buat muka hodoh semualah. Haha. Hm wardah, sorry for everythings kalau aku ade buat kau terasa. I'm sorry! T.T

 Aiinshah. Her name is so nice. Dia baik tersangat baik. Dalam kelas dia pendiam je. Tak banyak cakap. Memang tak banyak cakaplah kalau pendiam. Lewls. Kalau takde cikgu atau masa free, dia terus buka buku and ulang kaji. Takde dah nak main-main. Nak berbual kosong dengan kawan-kawan. Tak macam aku. Haha. Tapi kalau bercerita dengan dia memang best. Dia akan bagi respon balik dengan apa kita cakap.

 Nama dia Shahida. Memang dalam kelas aku tak cakap sangat dia. Haha. Tapi jangan risau, dia baik. Oh ye, dia sangat pandai melukis. Aku jeleeeeeees! Lawa gila dia melukis. Tulisan dia pun lawa. Ahhhh menci menci. Kekadang kalau ade masa, aku pergi je tempat dia and berbual. Dia layan je. Haha. Kalau dia tak layan aku, memang rugilah. Haha. Kalau minta tolong dia lukis ape-ape, pasti dia buat.

 Nama dia Ayuni. Tapi kitorang panggil Kak Yuni. Oh kalau bab-bab cerita kasi dekat dia lah. Memang best dengar cerita. Ajak berbual memang sampai sebulan tak habis. Haha. Aku memang suka sangat dengar cerita dia. Cerita dia semua best-best kot. And and dia pernah cakap dekat aku macam ni "dop puah kelih Ifzah, kalau kelih sekali, nak kelih lagi" Haha. Well, aku percaya dengan apa dia cakap. Hahaha.

 Ain ni seorang yang pemalu. Sangat pemalu. Bukan mcam aku yang tak tahu malu langsung. Haha. Kalau dia senyum, masyaALLAH manis gilaaa. Aku suka tengok dia senyum sebab senyuman dia manis sangat. Arghh jeles ahh cenggini. Kalau korang tengok dia punya senyuman, terus korang cair and pengsan. Serious, aku tak tipu langsung.

 Muliyani memang lawa gila. Muka flawless gila. Aku jeles tahap dewa dewi. Jari dia punyalah runcing gila. Aku jeles lagi. Cakap lemah lembut. Baik. Selalu sangat kenyit mata, aku tengok pun boleh cair. Apetah kalau orang lelaki tengok. Haha. Kalau bercakap dengan dia pun best. Bila dia malu, muka dia terus meraaaaah. Aww comel gituu.

 Safuraa she is my bestie. Ramai yang cakap kitorang kembar. Tang mana entah samanya. Kami penah selidik muka masing-masing, nak tengok part mana yang sama. Tapi kami tak menjumpai jawapannya. Betapa sedihnya kami. Muka dia bulat and muka aku ala-ala petak mcam tuu, rasenyelah. Mata dia sepet, mata aku bulat. Mana sama. Mungkin kami sudah berkawan sejak dari darjah 1 lagi, tuu pasal muka kami nampak macam sama. Kalau ade orang tanya kembar ke? And I'll said yes, kembar mak lain ayah berbeza.

 Izzaty my bestie too. Dia baik gila. Ayat yang keluar dari mulut dia tak pernah menyakitkan hati aku. Serious. Cakap banyak and seorang yang gila-gila. Dia punya confident level sampai ke langit kau tahu. Haha. Kalau minta tolong dengan dia, pasti dia akan tolong. She is too nice. Yes too nice. Cara percakapan dia sangat ape ehh, macam sopan gtuu lah. Nampak tuan mcam kasar tapi hati banyak baik maaaaa.

Sebenarnya ade lagi budak perempuan kelas aku. Aku takde gambar bersama diorang. Dekat atas tuu baru separuh. Separuh lagi, Ninin, Mida, Pipah, Eda, Haiza and Shazleen. Apepun aku gembira dapat jadi kawan sekelas korang. Korang yang terbaik antara yang terbaik. Mungkin lepas ni kita susah dah nak jumpa, tapi ingatlah semua kenangan yang pernah kita cipta bersama selama kita berada dalam kelas yang sama. Tak pernah rasa menyesal sekelas dengan korang. Semua gelak tawa suka duka pasti akan ku ingati selalu. Semoga kita semua berjaya! InsyaAllah, Amiin.

NOTE :  B1A4 Hello Baby dah episod terakhir aku download. Yeay! I'm happy. Doakan semoga mangsa banjir berada dalam keadaan selamat.

No comments: