Bila saya sudah...


Assalamualaikum.....

Bila umur saya sudah mencapai 18tahun. Actually, saya masih muda walaupun baru berumur 18tahun. Baru saya tahu bahawa apa yang kita impinkan tak selalunya kita dapat. Tak selalunya kita berjaya. Baru saya tahu setiap kehidupan ada dugaannya. Jika tiada dugaan, maka kosonglah kehidupan kita. Samalah seperti jika tiada perasaan marah,duka,sedih,gembira. Kehidupan akan menjadi kosong. Dan kita perlulah tabah untuk menghadapi segala cabaran dan dugaan. Dugaan yang berlaku terhadap kita, mengajar kita agar menjadi lebih dewasa. Dan ALLAH SWT tidak akan memberi dugaan kepada hambanya jika hambanya tidak mampu menghadapinya.

Bila umur saya sudah mencapai 18tahun. Saya perlu tahu setiap perkara yang saya lakukan tak semuanya betul. Dan juga saya perlu berfikir sebelum saya bertindak. Kerana benda yang telah berlaku tidak mampu kita putarkan balik. Berfikir dengan waras. Berfikir dengan rasional. Dapat mengajar kita erti kekuatan. Apa-apa yang berlaku saya tahu ada kebaikan tersendiri. Berfikiran positif. Maka segalanya akan positif. Jika anda berfikir negatif maka negatiflah jawapannya.


Kita mampu mengimpikan apa yang kita mahu. Tapi di alam realiti, semua itu tidak mungkin akan terjadi. Siapa yang tak mahu kehidupannya sempurna? Bahagia? Tiada duka? Semua manusia di atas muka bumi ini menginginkannya. Kita harus ingat setiap yang berlaku pasti ada kebaikan. Dan bak kata Yuna [Tak semua yang kau rancang akan berlaku]. Hargailah apa yang kita ada sekarang. Jangan terlalu mementingkan duniawi sahaja. Akhirat bagaimana? Dan manusia tidak pernah rasa puas. Tidak pernah rasa bersyukur. Kadang-kadang kita juga perlu bersyukur dengan atas nikmat ALLAH SWT kepada kita.


Apa yang saya taip, adalah apa yang saya rasa.. Dan juga apa yang saya alami selama saya hidup 18tahun di atas muka bumi ALLAH SWT.

Sekian...

No comments: